Hijriah: Loading...

Masehi: Loading...

Banda Aceh, Aceh, Indonesia 23111

Perakaunan Zakat Saham di Malaysia: Fatwa, Manual dan Amalan

Authors

  • Zahri Hamat

DOI:

https://doi.org/10.22373/jms.v18i1.1840

Keywords:

saham, fatwa, pelabur, peniaga dan niat

Abstract

Kertas ini bertujuan menganalisis perakaunan zakat berdasarkan manual, fatwa dan amalan dalam kalangan pelabur dan peniaga saham di Bursa Malaysia. Menurut Manual Pengurusan Pengiraan Zakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), saham dipegang untuk dua maksud iaitu pertama untuk maksud pelaburan; dan kedua untuk maksud perniagaan. Persoalannya, terdapat fatwa yang dikeluarkan oleh negeri di Malaysia yang menyebut saham dipegang semata-mata untuk maksud perniagaan. Bagaimanakah pula saham yang dipegang untuk maksud pelaburan? Apakah perakaunan zakat untuk kedua-dua saham tersebut sama? Berdasarkan analisis kandungan ke atas data sekunder, perbincangan kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama akan menyorot secara ringkas tulisan-tulisan lepas tentang perakaunan zakat saham sebagai latar belakang. Kedua akan menerangkan perakaunan zakat saham yang sedang diamalkan oleh negeri-negeri di Malaysia. Ketiga akan menganalisis perakaunan zakat saham yang sepatutnya diamalkan dengan mengambilkira tulisan lepas dan amalan pada masa kini. Akan dihujahkan bahawa dengan mengambil kira maksud pemegangan saham, maka penilaian semula perakaunan zakat saham amat diperlukan kerana maksud dan niat pemegangan zakat itu sendiri merupakan faktor penting dalam menentukan perakaunan zakat saham.

References

Didin Hafidhuddin. (2007). Agar harta berkah dan bertambah: Gerakan membudayakan zakat, infak, sedekah, dan wakaf. Jakarta: Gema Insani Press.

Hasbi Ash-Shiddieqy. (1976). Pedoman zakat. Jakarta: Bulan Bintang.

Husein Syahatah & Athiyyah Fayyadh. (2004). Bursa efek: Tuntutan Islam dalam transaksi di pasar modal. (Adh-Dhawabit Al-Syar’iyah li At-Ta’amul fii Suuq Al-Awraq Al-Maliyah) (A. Syakur, Terj.). Surabaya: Pustaka Progressif.

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji [JAWHAR]. (2008). Manual pengurusan pengiraan zakat. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Mahmood Zuhdi Abd. Majid. (2003). Pengurusan zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Akram Khan. (2005). Comments on Abdul Azim Islahi & Mohamed Obaidullah (2004): Zakah on stocks: Some unsettled issues. Journal of King Abdul Aziz University: Islamic Economic, 18(1), 41-42.

Muhammad Kamal ‘Atiyah. (1995). Perakaunan zakat: Teori dan praktis. (Mohd. Nor Ngah, Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Rawwas Qal'ahji. (2005). Urusan kewangan semasa menurut perspektif Syariah Islam. (Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Terj.) Kuala Lumpur: Al-Hidayah.

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2005). Sumber zakat: Perluasan terhadap harta yang diikhtilaf. Jurnal Syariah 13(1).

Yusuf al-Qaradawi. (1999). Fiqh az-Zakat. (Monzer Kahf, Terj.). London: Dar al-Taqwa.

Downloads

Published

2017-09-11

Issue

Section

Artikel